29.11.08

Rakyat Biasa Dunia, Bersama-samalah Kita Bangkit dan Haramkan Wang

[For English, http://paradise-planet.blogspot.com/2008/11/your-last-chance.html
Common People of the World,
Let Us All Rise and Outlaw Money]

Saya menyeru kebijaksanaan anda. Kaji segalanya dengan minda dan hati terbuka. Ketawa jika mahu. Cemuh jika ingin. Anda dan saya terperangkap dalam sistem kapitaltis dunia ini tetapi kita akan berganding minda dan tindakan untuk menghentikan kejahatan ini selama-lamanya. Kita memerlukan hanya sepuluh tahun untuk membina Planet Syurga.

Apa yang anda akan belajar sebagai rakyat biasa ialah ilmu paling berkuasa di hayat anda. Ilmu ialah kuasa. Ilmu gunaan ialah kebijaksanaan. Tuhanlah kebijaksanaan. Saya mengongsi secara percuma agar anda lakukan serupa dan sebarkan cepat. Masa sudah tiba untuk kita bekerjasama membina Planet Syurga.

Tajuk
* Piramid Kapitalis
* Wang Percuma Tanpa Had
* Tuhan Benar, Agama Palsu
* Curi Semua, Bunuh Semua
* Penyelesaian – Planet Syurga

Mujurlah rakyat negara ini tidak tahu-menahu tentang sistem kewangan dan perbankan kita, kerana jika mereka tahu, saya yakin pasti revolusi tercetus sebelum pagi esok.
Henry Ford
Pengasas Syarikat Motor Ford

Inilah peluang hayat anda MemBongkar
· Helah Kitab Suci
· Dusta Agama Terancang
· Jurubank Terkaya Dunia
· Pemusnahan Manusia Sejagat
· Jalan ke Planet Syurga
Kebenaran akan menakjubkan anda!

Piramid Kapitalis
Piramid kapitalis hanya memelihara kepentingan kapitalis pemerintah – Vatican dan persatuan rahsia seperti Freemasons dan Illuminati; kerabat diraja, kerajaan dan kroni. Vatican mencipta wang dan menggunakan tempat ibadat sebagai bank alaf dulu. Sejak itu mereka memerintah dunia secara senyap.

Agama palsu? Tuhan = Geliga Ciptaan wujud tetapi bukan agama. Vatican sebagai pemerintah planet kepada pemerintah kapitalis turut mencipta agama, berpura-pura menyembah Tuhan. Semua agama buatan manusia dan adalah palsu belaka.

Vatican mencipta agama untuk menindas dan menjadikan rakyat biasa agar patuh pada perintah dan menerima nasib. Amerika Syarikat cumalah alat yang diperguna oleh Vatican untuk menguasai dunia. Pernah terfikir kenapa Titanic tenggelam atau sepatutnya kenapa menenggelamkan Titanic? Vatican menjemput orang terkaya dunia masa itu John Jacob Astor, Benjamin Guggenheim, Isador Strauss dan ramai lagi yang menghalang pembentukan Sistem Simpanan Persekutuan AS (Fed) menaiki Titanic dan menenggelamkan kapal itu. [Presiden JF Kennedy dibunuh kerana cuba memansuh Fed.]

Kerajaan berfungsi sebagai orang tengah urustadbir antara pemerintah kapitalis dan peringkat bawahan, khususnya rakyat biasa dan pekerja. Peranan utama perlembagaan, polis dan tentera bukanlah melindungi rakyat biasa tetapi memperkasa dan melindungi kapitalis pemerintah serta kekayaan dan hartabenda peribadi mereka dari rakyat biasa.

Peringkat seterusnya ialah pengaut untung yang memperguna tenaga anda dan meraih untung darinya. Akhir sekali, di bawah piramid kapitalis ialah anda – rakyat biasa – yang bekerja keras sepanjang hayat untuk wang manakala kapitalis pemerintah hanya perlu menghasilkan wang fizikal atau wang elektronik tanpa had.

WANG PERCUMA Tanpa Had

Wang ialah alat yang digunakan oleh kapitalis pemerintah untuk mengawal dan menindas rakyat biasa. Bank pusat seperti Sistem Simpanan Persekutuan Amerika Syarikat atau Fed ialah syarikat persendirian. Fed mencetak wang, meminjamkannya kepada kerajaan dan mengenakan faedah pinjaman terhadap kerajaan. Ini bermakna setiap dolar kerajaan meminjam dari Fed, kerajaan berhutang Fed satu dolar campur faedah. Sejak abad lalu, kerajaan bersubahat dengan Fed, telah menipu dan merompak daripada rakyat biasa.

Siapa memiliki Fed – 12 Bank Simpanan Persekutuan?
Sepuluh pemegang saham utama Sistem Bank Simpanan Persekutuan:
Rothschild dari London, Rothschild dari Berlin, Lazard Brothers dari Paris, Israel Seiff dari Italy, Kuhn-Loeb Company dari Germany, Warburg dari Hamburg, Warburg dari Amsterdam, Lehman Brothers dari New York, Goldman Sachs dari New York, Rockefeller dari New York. Baki saham dimiliki jurubank elit dan kroni korporat seperti Duponts, Fords, Morgans, Reynolds, Rockefellers dll.

House of Rothschild ialah jurubank dan penjaga utama bagi Perbendaharaan (Kekayaan) Vatican di bawah Black Papacy “The Jesuit Superior General”.

Ini bermakna kerajaan telah menyuap orang Fed ini bertrilion dolar sejak abad lalu! Apapun sekali, kerajaan dan kroni membelanja wang percuma. Setelah mencetak dan mengedarkan cukup wang fizikal untuk kegunaan pasaran, bank-bank ini tidak perlu lagi mencetak wang fizikal, hanya membentuk catatan perakaunan dan wang elektronik muncul.

Rakyat kemudian meminjam wang dari bank. Bank sebenarnya tidak meminjam sebarang wang tetapi peminjam terpaksa membayar faedah pinjaman kepada bank.

Fed membenarkan bank perdagangan membentuk sehingga 33 kali wang elektronik melalui perbankan simpanan pecahan. Jadi bank bersaing untuk memberi pinjaman kerana setiap dolar yang mereka pinjamkan, mereka dapat membentuk sehingga $33. Setiap dolar yang kita ada, sehingga $33 adalah rekaan membanjiri ekonomi, dicipta oleh bank dengan percuma.

Apabila lebih bekalan wang buatan mengejar barangan dan perkhidmatan, harga naik menyebabkan inflasi meningkat. Kapitalis pemerintah boleh menarik balik wang fizikal dari sistem kewangan untuk membuat-buat kekurangan wang bagi membentuk kemelesetan ekonomi.

Kapitalis menetapkan naikturun semua pasaran. Kapitalis memanupulasi nombor, tak kira wang, kapital, komoditi atau hartanah, untuk meraih untung dari perbezaan harga. Biasanya kita membeli pada harga rendah dan jual tinggi. Dalam pasaran hadapan dan kontrak kewangan, kapitalis "short sell" - jual tanpa miliki apa-apa secara fizikal dan kemudian beli balik bila pasaran turun atau jatuh. Jadi tak kira arah mana pasaran pergi, naik, turun, terbalik, kapitalis tetap mengaut bilion. Terfikir kenapa harga minyak julang dan junam? Kapitalis mencipta naikturun untuk meraih untung dari perbezaan harga.

Jika kapitalis untung bilion, siapa tanggung? Rakyat biasa, pekerja membayar harga barang yang kian meningkat sementara kerajaan menjaminkeluar kroni atas tanggungan rakyat biasa, warga pekerja, pembayar cukai.

Kapitalis pemerintah memastikan rakyat biasa dan pekerja sentiasa tertindas dalam mencari sesuap rezeki tetapi kapitalis pemerintah hanya perlu mencetak atau hasilkan wang tanpa had; inflasi atau tidak.

Tuhan Tulen, Agama Palsu

Tuhan kuasa hukum alam semesta wujud. Jangan keliru Tuhan dengan agama. Tuhan BUKAN agama. Tuhan Geliga Ciptaan. Alam semesta ini dicipta dengan cukup sempurna tanpa sebarang kecacatan yang boleh mengakibatkannya kelam-kabut. Lihatlah satu sel yang lengkap dengan kod DNAnya. Tiada orang boleh menjelaskan keajaiban alam yang tak terbilang. Pencipta, Maha Bijak, Geliga Ciptaan wujud.

Agama buatan manusia. Agama menyembah tuhan masing-masing. Kapitalis pemerintah mencipta agama agar rakyat biasa tunduk kepada tuhan mereka – belajar menurut perintah dan patuh – secara tak langsung patuh pada perintah kapitalis pemerintah. Jika rakyat biasa engkar, maka kapitalis pemerintah akan mengarah polis dan tentera untuk menunduk, mengurung atau menghapuskan rakyat.

Kapitalis pemerintah ini mencipta agama-agama palsu ini agar rakyat biasa sentiasa berbalah demi membela agama masign-masing. Bila rakyat berbalah, ini memudahkan pemerintah kapitalis memerintah rakyat. Masih tidak sedarkah kita Tuhan tidak mahu melihat umatnya berpecah-belah atas namaNya!

Agama mengajar kita memburu ganjaran selepas mati. Syurga dan neraka berada di sini, di Bumi saat ini, bukan akhirat. Anda tak perlu ke neraka untuk sengsara. Rakyat kini sedang kebulur, derita dan putus asa.

Kapitalis pemerintah memecah-belahkan rakyat kepada agama dan kaum supaya rakyat tidak dapat bersatu-padu menentang kapitalis pemerintah. Objektif kapitalis pemerintah ialah pecah dan perintah rakyat untuk wang, kuasa dan seks.

Curi Semua, Bunuh Semua

Tengoklah kanak-kanak kasihan ini. Ini sudah berlaku beralaf-alaf. Nampak serangga membahamnya. Pada waktu lain, burung nasar merakusi kanak-kanak sepertinya yang mencari sisa makanan di tempat buangan sampah. Kenapa ini terjadi? Kita boleh menuduh ibu bapa mereka bersetubuh tanpa memikirkan keupayaan kewangan untuk membela anak.

Dalam sistem kapitalis, ketakimbangan pengagihan wang dan kekayaan mengakibatkan kemiskinan yang disengajakan oleh kapitalis pemerintah. Jika anda kanak-kanak ini, anda lebih rela mati. Inilah yang kapitalis pemerintah mahu capai. Bunuh secara senyap!

Kapitalis pemerintah sudah mencuri bertilion dolar menerusi Fed. Mereka menetapkan harga semua komoditi dari minyak ke makanan. Mereka mencuri segala sumber alam untuk diri dan meraih untung dari sumber percuma tersebut.

Dengan penduduk dunia seramai 6.7 bilion dan meningkat, kapitalis pemerintah kini sedang merancang pembunuhan ramai untuk sekurang-kurangnya menghapuskan separuh penduduk dan seterusnya mengurangkan sehingga 1 bilion. Tahukah anda bahawa kapitalis pemerintah merancang kegawatan ekonomi untuk mengkebulurkan rakyat biasa hingga mati?

Kapitalis pemerintah merancang peperangan dan kegawatan ekonomi untuk membunuh seramai mungkin rakyat biasa yang dilabel pemakan tak berguna. Perang Dunia 1 dan 2 membunuh lebih 70 juta orang. Kapitalis pemerintah yang membekal alat perang mengaut $2.3 trilion [diselaras nilai dolar 1990] dalam dolar pembayar cukai dari hasil titik peluh rakyat biasa.

Nampak tak, semakin banyak kerajaan meminjam wang dari Fed dan belanja untuk perang atau apa saja, semakin banyak wang Fed dapat. Jaminan keluar kerajaan mengepam berbilion dan trilion kepada kapitalis pemerintah korup yang teramat kaya yang memiliki hampir kesemua kekayaan dunia, dan meninggalkan AS dengan $10.6 trilion hutang negara, meningkat $3.8 bilion sehari. Hutang ini tidak akan terlangsai melainkan …

Penyelesaian - Planet Syurga

… kita mansuhkan Sistem Simpanan Persekutuan dan menyahwang dari dunia. Apa? Dunia tanpa wang? Ketawalah. Cemuhlah semahu-mahunya. Tengok, kita ada segala sumber untuk meneroka angkasa lepas tetapi tak dapat menyelesaikan masalah dunia? Karut! Jika kewujudan wang menyelesaikan masalah manusia, kenapa rakyat biasa sengsara? Sebab kapitalis pemerintah rancang sebegini!

Kapitalis pemerintah berumbi dari Fed – pembohongan dunia terbesar – mencuri dari sumber dunia yang kaya dan percuma serta rakyat biasa yang tekun dan patuh membayar cukai. Kapitalis pemerintah mengaut untung atas tanggungan alam sekitar planet dan kebajikan rakyat biasa.

Jadi dalam dunia tanpa wang, kapitalis pemerintah korup yang mencipta wang dan agama untuk pecah dan perintah rakyat biasa bagi kuasa dan untung peribadi tak akan dapat lagi memoney-pulasi dunia melalui perang, keganasan, pemusnahan dan kemelesetan ekonomi terancang.

Kapitalis pemerintah telah beralaf lama memperhamba rakyat biasa. Rakyat biasa tak berubah macam robot manusia yang membanting tulang hari demi hari. Masa sudah tiba untuk rakyat biasa menjadi manusia benar, bukan robot. Biarlah robot benar menghasil, menyelenggara dan mengagihkan segalanya. Kita manusia benar “memperhamba” dan mengurus robot benar.

Tuai rumpair sebagai bio-tenaga paling sedia didapati, bersih dan tinggi keluaran. Biarlah robot bekerja di ladang organik dan menternak daging organik. Bagi mengelakkan pembaziran dan penyorokan hasil dalam fasa peralihan ini, guna sistem 24 poin harian tak berkumpul yang kita tukar untuk barangan dan khidmat percuma. Kita akan menyahkan sistem poin sebaik orang sudah tenang.

Dalam hati kita, kita tahu wang punca segala kejahatan, pembohongan dan kepura-puraan. Kita gaduh dan bunuh dek wang. Kita bazir begitu banyak sumber – masa, tenaga, hasil – untuk menyelenggara wang dan semua sistem berkaitan wang. Tanpa wang, kita salurkan masa, tenaga dan input untuk mengautomasi dan membuat robot bagi hasilkan makanan, tempat tinggal dan tenaga gunasemula percuma.

Kita kini ada teknologi untuk merobot dunia. Tibalah masa untuk rakyat biasa bernekad dengan bijaksana dan berani untuk menamatkan pembohongan semua wang, agama dan politik rekaan yang menindas rakyat biasa. Kita boleh gunakan masa lapang memperkaya seni, sains dan spiritual ke arah kemajuan berterusan kemanusiaan.

Ya, dunia tanpa wang di mana kita semua bekerjasama; menyumbang dan mengongsi sumber untuk menjadikan planet ini rumah sebenar kita. Dunia tanpa wang, status, politik, kerabat diraja, kerajaan, agama, kaum, kelas, wang politik, jenayah wang, ketakutan, kebuluran dan putus asa. Kita tidak perlu lagi berbalah atas nama Tuhan, agama atau bangsa kerana Tuhan memiliki segalanya. Inilah kebijaksanaan.

Hanya tanpa wang Bumi menjadi Syurga benar kerana setiap orang setaraf. Bersama-sama kita spesies manusia atas nama kemanusiaan, boleh membina Syurga yang kita impikan, dan kita boleh mencapai ini dalam hanya sedekad. Syurga bukan di akhirat. Syurga di sini. Inilah pilihan kita. Inilah kebijaksanaan. Inilah kebijaksanaan Tuhan!

Pada hari segelintir korup mencipta wang dan agama untuk pecah dan perintah kemanusiaan; sejak itu menganjurkan wabak, peperangan, keganasan, pemusnahan dan kemelesetan ekonomi; jenayah kemanusiaan ini menafikan kita hidup dan kebebasan.

Rakyat biasa, kita sudah beralaf lama bersabar, kinilah masanya kita bangkit secara damai mengharamkan wang, meminta kapitalis pemerintah merobot dunia ini dengan robot betul dan membina Planet Syurga selewat-lewatnya tahun 2018 bermula sekarang! Rakyat biasa mahu melihat gariswaktu suku tahunan bagi setiap peringkat peralihan ke Planet Syurga.

No comments: